 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
LittleMulan
 By: little mulan
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < 1 [2] > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Thursday, 5-Jun-2008 03:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Atrisya Zuyyin Zamir Khan
|
|
Sejak kebelakangan ini, tumpuan saya beralih ke dunia fotografi. Mungkin gara2 sejak akhir-akhir ini, saya terlibat secara tak langsung dalam membantu serba sedikit di dalam kerjaya suami (my hubby is a fulltime photographer) menyebabkan saya terkena tempiasnya. Sebelum ini, saya hanya memberi sokongan terhadap kerjayanya, tapi tidaklah pulak saya ambil tahu dengan mendalam apa yg dia buat sebenarnya. Saya terlalu sibuk dengan kerjaya saya sendiri disamping menguruskan hal2 rumahtangga (yg tak pernah habis)+anak kecil yang sedang memerlukan perhatian. Sehinggalah sebulan dua ini, saya banyak menghabiskan masa bersama suami- melihat sendiri apa yang dia lakukan setiap hari. Ohhh, baru saya tau, dia sangat sibuk & bukan buat2 sibuk (saya selalu rasa dia buat2 sibuk kerana selalu 'meninggalkan' saya+anak). Melihat kesibukkannya itu, saya rasa 'terpanggil' utk membantu meringankan beban dia. Tulang empat kerat saya ini, tidaklah sekuat mana tapi keinginan utk membantu itu ada. Dapat tolong sikit pun jadila. btw,isteri mana yang sanggup tengok suami tersayang kerja bagai nak rak, kan? Bertitik tolak dari situ, saya mula 'nampak' warna2 dalam dunia fotografi ini. Warna indah ada, warna kelam pun ada jugak...hehe. Saya mula gatal tangan pinjam kamera suami snap itu, snap ini, tanya itu, tanya ini. Mula study reference2 yg ada. Mula curik masa main2 try-n-error Ps (kat opis n malam2 bila anak dah tido) dan mula membeli+mengumpul 'props' untuk digunakan. ooh, suami memberi sokongan penuh dengan minat baru saya ini. (Tq Darling!- di atas kesabaran melayan karenah orang baru nak bertatih nih) Seronok juga bila kami mula berkongsi minat yang sama. Nak tido pun boleh borak2 lagi pasal dunia foto nih. hehe...dan ini, adalah hasil 'kerja' saya yg pertama ....
Presenting....
Little Mulan: ATRISYA ZUYYIN BT ZAMIR KHAN
Age : 4 month
Untuk mommy Zuyyin- Aisyah, tq sebab bagi saya peluang ini. Hope you enjoy the pics!
|
|
|
|
|
|
|
[<< < 1 [2] > >>] [Archive]
|
|
 |
|
|
|